Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi





Teraju utama drama bersiri Pulang Sayang ini mengakui tidak pernah menyalahkan peminat yang mendoakan hubungan suaminya pelakon Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby Abadi kembali bersatu.


Menurut Memey Suhaiza, 26, peminat akan terus memberikan macam-macam pandangan mengenai hubungan mereka.


“Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.


“Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk,” katanya kepada Zass menerusi aplikasi WhatsApp.


Jelas Memey, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut (bermadu) kerana bahagia dengan kehidupan kini.


“Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.


“Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT,” ujar Memey yang sedang hamil tiga bulan anak

keduanya.


Dalam pada itu, Memey memberitahu, dia yakin semua maklum akan hubungan baik antaranya dan juga Abby.


“Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.


“Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri,” jelasnya hairan apabila perkara tersebut

diperbesarkan.


Memey juga meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka kerana hubungan baik tersebut demi anak-anak tercinta.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.