Marsha Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Kerana Sharifah Sakinah
Marsha Milan Londoh akui agak over apabila mengetahui rakan baiknya iaitu Sharifah Sakinah akan bertunang dan berkahwin.
Marsha Milan juga sanggup menolak tawaran berlakon dan teruja membantu Sakinah membuat persediaan pertunangan yang akan berlangsung pada 25 Oktober ini.
Ini kata Marsha (BHarian):
“Saya sampai sekarang masih menyangka berita pertunangan dan perkahwinannya itu hanya mimpi. Mungkin dia hanya main-main. Tahulah perangai ‘gila-gila’ dia. Saya sendiri ibaratnya tak boleh ‘hadam’ semua itu dalam hati.
“Tapi sebagai kawan baiknya, saya tumpang gembira dengan apa yang bakal dilaluinya. Malah saya ini umpama orang kanannya yang membantu dia membuat persiapan tunang dan kahwin. Saya sudah mula berangan nak pakai itulah buat inilah. Macam saya pula yang nak kahwin,”
“Nak tolong besar-besaran tidaklah. Saya tolong apa yang patut. Sebagai kawan, saya cuba memberi sokongan yang termampu. Malah saya sudah merancang untuk mengambil cuti untuk beberapa hari bagi membantunya.
“Jadi saya memang menolak beberapa tawaran berlakon dan membuat persembahan. Iyalah, biarpun beberapa minggu lagi majlis tunangnya dan lambat lagi dia nak kahwin, tapi sekarang masa sekejap saja berlalu. Pejam celik, pejam celik, tak lama itu,”
Memang akrab hubungan mereka ini. Ketika Marsha masuk hospital dulupun, Sharifah Sakinah datang membantu dan melawatnya.
Tak sabar menunggu majlis pertunangan Sharifah Sakinah dengan pilot bernama Aliff.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment