Kisah Sayu Diana Amir Sewaktu Mula-Mula Bertudung
Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”
Katanya lagi:
“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”
Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. Tahniah diucapkan atas Hijrah ini dari BeautifulNara. Sumber foto ini ialah dari Twitter Wardina Saffiyah.
Incoming search terms:
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment