India Pertahan Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor 2014
India menewaskan Britain 2-1 untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Sultan Johor di sini, hari ini.
India membuka tirai jaringan di Stadium Taman Daya dijaringkan oleh Harmanpreet Singh menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-45 tetapi Britain bangkit garang menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi Samuel French.
Apa pun, India berjaya mengesahkan kemenangan apabila Harmanpreet menjaringkan gol pada minit terakhir permainan hasil pukulan sudut penalti.
Trofi kejuaraan Piala Sultan Johor disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sementara itu, Australia menyudahkan cabaran di tempat ketiga selepas menewaskan New Zealand 6-2 manakala tuan rumah, Malaysia menewaskan Pakistan 3-1 untuk tempat kelima.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment