Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shanghai adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shanghai membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shanghai






Pasti sekali sukar untuk melupakan momen anda bersama diva tersohor, Mariah Carey apabila setiap satu perkara berkaitan dengan penyanyi ini seringkali meninggalkan kenangan manis mahupun pahit kepada anda mahupun tuan empunya badan sendiri.


Biarpun dilihat mencatatkan memori pahit diawal permulaan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Jepun, Mariah dapat mencari semula momentumnya.


Ia jelas sekali dapat dilihat menerusi keyakinannya menyarungkan “potongan-potongan” kain yang menutup bahagian tertentu tubuhnya.


Pada malam Ahad lalu di Shanghai, Mariah tampil dalam gaun hitam kilat yang terbelah bukan hanya ke bahagian paha tetapi sampai ke pinggang.


Terkenal dengan gayanya yang suka menunjukkan asset yang dimilikinya, Mariah selesa beraksi diatas pentas dengan sebelah kaki terdedah sepenuhnya begitu juga dibahagian atas.


Boleh dikatakan jika tersilap langkah, The Elusive Chanteuse Show mungkin akan melakar sejarah tersendiri dan bakal diingati seperti apa yang terjadi pada Justin Timberlake dan Janet Jackson tidak lama dulu.


Selain daripada gaun hitam pendek assymetrikal tersebut, Mariah juga tampil dalam beberapa lagi persalinan lain yang digantinya mengikut segmen tetapi dia dikatakan mengekalkan solekan dan gaya dandanan rambut.


Selain daripada pakaian, gaya yang cukup menggiurkan Mariah tidak telepas untuk menggayakan penemannya sepanjang siri jelajahnya iaitu mikrofon bersalut emas yang melengkapkan status dan tarafnya sebagai seorang diva.


Penyanyi berusia 44 tahun itu dijadualkan akan meneruskan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Asia dan bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia pada esok, Rabu 22 Oktober di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shanghai ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.