Hukum Memakan Janin Lembu Korban Aidiladha
Seperti sedia maklum, ibadah korban tidak khusus hanya kepada haiwan jantan sahaja tetapi juga betina. Dalam sesetengah kes ketika upacara korban, adalah sukar untuk menentukan jika lembu betina itu sedang bunting. Namun bila berlaku kes sedemikian, berikut adalah penjelasan menurut hadis yang sahih seperti yang tertera dibawah.
Hukum Memakan Janin Lembu Korban Aidiladha
Dalam kitab fiqh mazhab Syafi’ie iaitu “Matan al-Ghayah wa al-Taqrib” atau lebih dikenali dengan “Matan Abi Syuja” menyebut:
وذكاة الجنين بذكاة أمه, إلا أن يوجد حيا فيُذكّى
Maknanya: Penyembelihan janin melalui penyembelihan ibunya, melainkan kalau didapati ia masih hidup, maka ia mesti disembelih(jika ingin dimakan).
Maka hukum memakan janin binatang ternak yang mati hasil penyembelihan ibunya adalah halal, melainkan didapati ia masih hidup selepas dikeluarkan dari perut ibunya yang telah mati, maka ia mesti disembelih untuk tujuan makan.
Hukum ini berteras sebuah dalil dari hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
عن أبي سعيد قال سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الجنين فقال كلوه إن شئتم فإن ذكاته ذكاة أمه
Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang janin, lalu Baginda bersabda: ‘Makan lah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia(janin) melalui penyembelihan ibunya’.” (Hadith riwayat Imam Ibn Majah)
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment