Bapa ‘Setan’ Lanyak Anak Macam Hamba adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Bapa ‘Setan’ Lanyak Anak Macam Hamba membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Bapa ‘Setan’ Lanyak Anak Macam Hamba






Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa dan teman wanita lelaki itu dekat Alor Gajah di sini, 29 September lalu.


Dipercayai dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa di pukul menggunakan getah paip serta kepala dihentak pada kerusi oleh kekasih bapanya dan lelaki itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 36 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 2.30 petang, Rabu lalu.


“Mangsa dipercayai kerap dipukul kedua-dua suspek menggunakan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang malah pengadu juga mendakwa pernah melihat mangsa ditumbuk dan kepalanya dihentak pada dinding.


“Suspek lelaki ditahan reman enam hari sehingga Selasa depan manakala suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama kerana menyusukan anak kecil” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Bapa ‘Setan’ Lanyak Anak Macam Hamba ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.