Wow! Saham Facebook Cecah RM126 Sesaham, Mark Zuckerberg Bakal Jadi 10 Individu Terkaya Dunia
Harga saham laman sosial Facebook, yang diapungkan semalam, melonjak lebih 10 peratus nilainya dalam tempoh beberapa minit selepas diperdagangkan di bursa saham Nasdaq.
Nilai pasaran meningkat sehingga AS$42 (RM126) sesaham selepas diapungkan pada paras AS$38 (RM114) sebelum ia mengalami sedikit penurunan.
Laporan media menyebut, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas, Mark Zuckerberg, 28, yang memulakan Facebook ketika mengikuti pengajian universiti lapan tahun lalu, merasmikan perdagangan di bursa Nasdaq, secara ‘remote’. Zuckerberg muncul menerusi rangkaian video dari ibu pejabat syarikat itu di California.
Harga awal saham Facebook ditetapkan AS$38 kelmarin.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment