DR. NAIMAH AKUR KEPUTUSAN DIGANTUNGKAN TUGAS OLEH TPM adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya DR. NAIMAH AKUR KEPUTUSAN DIGANTUNGKAN TUGAS OLEH TPM membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
PETALING JAYA - Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak akur dengan keputusan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dr Na’imah berkata, sebagai penjawat awam beliau menurut perintah dan menerima keputusan itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan tugas itu.
“Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan penggantungan tugas beliau sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.
Penggantungan tugas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Jumaat. Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Muhyiddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
Kertas soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran.
Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu pada 30 September ini, lapor mStar.
DR. NAIMAH AKUR KEPUTUSAN DIGANTUNGKAN TUGAS OLEH TPM

DR. NAIMAH AKUR KEPUTUSAN DIGANTUNGKAN TUGAS OLEH TPM ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment