TERKINI: Azmin Ali Sah MB Selangor adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya TERKINI: Azmin Ali Sah MB Selangor membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





TERKINI: Azmin Ali Sah MB Selangor






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, 50, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat pelantikan itu sudah diserahkan kepada Azmin hari ini.


Surat berkenaan menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu akan menjadi Menteri Besar Selangor berkuatkuasa esok.


Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta untuk hadir ke Istana Alam Shah Klang jam 10.30 pagi esok bagi menjalani Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Jawatan Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Pelantikan Datuk Menteri Besar Selangor.


Sebelum ini, PKR tidak berganjak daripada keputusannya yang menamakan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baru.


Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan keputusan dan pendirian parti itu bagi menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar.


Pelantikan Azmin juga mengenepikan spekulasi dua lagi calon menteri besar iaitu ADUN Chempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.


Incoming search terms:





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





TERKINI: Azmin Ali Sah MB Selangor ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.