Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran













Mungkin Hriktik Roshan dikenali dengan sifat keras lebih-lebih lagi apabila melibatkan dunia lakonan. Jika terlibat menerusi aksi lagak ngeri, dia sering menolak untuk memakai pakaian keselamatan apabila diarahkan oleh pihak produksi.



Bukan sekali Hriktik hampir maut di lokasi penggambaran, bahkan gara-gara adegan pergelutan beberapa tahun lalu dia terpaksa menjalani pembedahan yang hampir meragut nyawanya.

Namun Hrithik masih tidak pernah serik dengan kejadian tersebut. Terbaru aktor kelahiran Mumbai ini hampir maut ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, Bang Bang.

“Saya hampir maut ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang tempoh hari. Saya mengalami sakit kepala yang tidak boleh digambarkan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Doktor menjelaskan saluran darah di kepala tersumbat dan harus menjalani pembedahan dengan segera.



“Tapi saya terpaksa terbang ke lokasi penggambaran yang seterusnya. Namun doktor memberi amaran jika tidak menjalani pembedahan dengan segera mungkin akan membawa maut,” jelas Hrithik.



Takut dengan amaran tersebut, Hrithik akhirnya akur dengan pemintaan pihak doktor dan segera melakukan pembedahan tersebut.

“Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ianya antara pengalaman yang cukup menakutkan kerana doktor harus mengeluarkan darah beku di bahagian kepala saya,” tambah Hriktik lagi.

Tidak mustahil, sikap keras kepala pelakon berusia 40 tahun ini sering menjadi bahan bualan dan rungutan mana-mana pihak produksi sebelum ini.








Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.