Perlawanan Johor FC vs Kelantan 15 Mei ditunda ke 26 Mei 2012
Perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor FC yang dijadual pada 15 Mei ditunda ke 26 Mei 2012, kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim.
Katanya penundaan perlawanan itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) mengemukakan rayuan.
Beliau berkata pihaknya membuat rayuan tersebut bagi memberi masa kepada pemain untuk bersama peminat skuad ‘The Red Warriors’ menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei ini.
“Sekurang-kurangnya ada ruang selama seminggu selepas perlawanan akhir Piala FA sebelum kita beraksi pada pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian kedai sukan Al-Jabbar Sport, di Kota Bharu.
Azman berkata keputusan itu juga memberi masa sekurang-kurangnya lima hari kepada pemain Kelantan bersama peminat selepas perlawanan menentang PKNS FC pada 11 Mei ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment