"KAKAK PENDEK" MATI DERUT adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya "KAKAK PENDEK" MATI DERUT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





"KAKAK PENDEK" MATI DERUT









KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui mati dengan bahagian leher dijerut sarung batal di rumah sewanya di Bandar Baru Ampang di Kuala Lumpur.



Polis percaya wanita yang dikenali sebagai ‘Kakak Pendek’ oleh jirannya, dibunuh empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk ketika ditemui di bilik tidurnya di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Wawasan di situ.



Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian baju tidur.



“Polis menerima panggilan dari jiran mangsa pada pukul 5.00 petang yang mengadu terhidu bau busuk. Sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan memecah masuk ke rumah mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.



Beliau berkata mangsa mati akibat dijerut dan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan di rumah itu, yang didiami bersama suaminya iaitu seorang warga Bangladesh.



Beliau berkata polis percaya mangsa mengenali pembunuhnya dan kini mencari suami wanita itu bagi membantu siasatan.



Polis hanya menemui buku akaun bank di bilik tidur sebagai rujukan pengenalan diri mangsa, katanya yang enggan mendedahkan identiti wanita itu.



Khairuldin juga berkata mangsa menetap di situ sejak dua tahun lepas dan suaminya bekerja sebagai pemandu lori di ibu kota.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.



Sementara itu, seorang penduduk Salina Kamarudin, 38, berkata dia mengenali mangsa sebagai ‘Kakak Pendek’ kerana fizikalnya yang rendah dan berkulit hitam manis.



Katanya, dia sering melihat mangsa berlegar di kawasan itu pada waktu pagi dan hanya sesekali menegur wanita berkenaan.



“Saya ada terserempak mangsa berjalan-jalan dengan suaminya namun saya tidak menegurnya, mangsa juga seorang yang pendiam,” katanya, lapor Bernama.



Read more: http://www.kualalumpurpost.net/kakak-pendek-mati-dijerut8/#ixzz3DJ75fglJ




"KAKAK PENDEK" MATI DERUT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.