Lemas ditelan pusaran air adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Lemas ditelan pusaran air membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Lemas ditelan pusaran air










Yan: Keseronokan sekumpulan lapan kanak-kanak mandi-manda berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas disedut pusaran air selepas tergelincir dalam kejadian di sungai berhampiran pintu kunci air di Kampung Sungai Air Itam, Sungai Limau, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 3 petang ketika mangsa Ahmad Faris Ahmad Nasri, 11, bersama tujuh rakan sebayanya mandi di kawasan berkenaan sebelum mayatnya ditemui hampir 10 jam kemudian di dasar sungai berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat.



Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa jam 7.30 malam kelmarin selepas seorang daripada rakan mangsa memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan.



Katanya, polis juga difahamkan rakan mangsa hanya berdiam diri selepas pulang ke rumah masing-masing kerana takut menceritakan hal sebenar kepada keluarga.

FotoMAYAT Ahmad Faris ditemui.



“Bagaimanapun, selepas disoal berkali-kali tentang ke mana mangsa pergi barulah seorang rakannya itu mula menceritakan perkara yang berlaku.



“Difahamkan, sebelum kejadian mangsa cuba naik semula ke darat dengan bantuan rakannya, namun usaha menariknya gagal kerana dikatakan tergelincir lalu jatuh dan disedut dalam pusaran air terbabit,” katanya.



Katanya, berikutan itu, pihaknya memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan mencari dan menyelamatkan mangsa terbabit.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Mohd Firdaus Bukari berkata, 12 anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada jam 7.34 malam dan mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) BBP Sungai Petani yang tiba pada jam 10.45 malam.



Katanya, anggota PPDA mengambil masa dua jam melakukan operasi mencari sebelum menjumpai mayat mangsa yang tersangkut pada dawai kawat di dasar sungai berhampiran lubang pembetung air keluar menghala ke laut yang terletak tiga meter dari kawasan mangsa tergelincir.



Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk dibedah siasat dan dituntut oleh keluarga jam 6 pagi semalam untuk dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman ibunya di Kota Bharu, Kelantan selepas solat Zuhur.



sumber




Lemas ditelan pusaran air ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.