Guru Viralkan Kertas Jawapan 'Kelakar' Anak Murid ke Media Sosial adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Guru Viralkan Kertas Jawapan 'Kelakar' Anak Murid ke Media Sosial membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Guru Viralkan Kertas Jawapan 'Kelakar' Anak Murid ke Media Sosial






















ANTARA jawapan pelajar yang menjadi ‘viral’di laman sosial.

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.



Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.



“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.



“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.



“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. ─ myMetro online








Guru Viralkan Kertas Jawapan 'Kelakar' Anak Murid ke Media Sosial ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.