LELAKI DIBLEASAH GARA-GARA KERJA BALING BATU KE ARAH KERETA DI JALANAN (3 GAMBAR) adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LELAKI DIBLEASAH GARA-GARA KERJA BALING BATU KE ARAH KERETA DI JALANAN (3 GAMBAR) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LELAKI DIBLEASAH GARA-GARA KERJA BALING BATU KE ARAH KERETA DI JALANAN (3 GAMBAR)







KUCHING: Seorang pemuda dibelasah teruk oleh beberapa orang lelaki setelah beliau membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Demak, Petra Jaya sebentar tadi.



Menurut salah seorang pemilik kenderaan yang terlibat yang enggan dikenali, kejadian berlaku apabila beliau memandu kereta bersama anaknya kira-kira jam 3.30 petang.



"Pada ketika itu, hujan turun dengan lebatnya dan tiba-tiba, saya melihat sebuah tong sampah besar di letakkan di tengah jalan raya."



"Sewaktu saya memperlahankan kereta saya, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki yang memakai topi keleder tiba-tiba muncul di sebelah tong sampah tersebut dan membaling sesuatu ke arah cermin kereta saya."









Pengadu, yang ditemui Sarawakiana di Balai Polis One-stop Centre Simpang Tiga ketika membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut menyatakan beliau tidak memikirkan apa-apa pada ketika itu selain keselamatan anaknya yang duduk di kerusi penumpang hadapan.



"Saya tidak melihat apa-apa kerana cermin hadapan kereta saya sudah pun retak tambahan pula, keadaan hujan yang lebat namun demi keselamatan anak saya, saya memandu dengan perlahan-pelahan meletakkan kereta saya di tepi jalan."



"Apabila saya keluar, saya melihat lelaki tersebut sudah di belasah oleh beberapa orang lelaki," katanya lagi.



Difahamkan, saspek tersebut, yang dipercayai dalam keadaan khayal telah membaling batu ke tingkap beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut.



Saspek tersebut mengakui berasal dari Kampung Haji Baki di sini telah dihantarkan oleh polis ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.



Setakat berita ini di tulis, tiga laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah dilaporkan oleh pemilik-pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan. Kes masih dalam siasatan polis. -Sarawakiana




LELAKI DIBLEASAH GARA-GARA KERJA BALING BATU KE ARAH KERETA DI JALANAN (3 GAMBAR) ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.