Doa Makbul, Kekasih Bersyukur Dengan Perubahan Positif Adira AF adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Doa Makbul, Kekasih Bersyukur Dengan Perubahan Positif Adira AF membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Doa Makbul, Kekasih Bersyukur Dengan Perubahan Positif Adira AF











Kekasih Adira, Shahrul Nasrun telah memberitahu bahawa dia tak pernah untuk menyuruh Adira memakai tudung tetapi itu adalah kehendak dirinya sendiri dan dia sebagai lelaki amat berbangga sekali apabila kekasihnya itu telah pun menutup aurat.



Tegasnya lagi, dia meminta para peminat agar tidak membuat sebarang spekulasi mengatakan bahawa Adira AF bertudung kerana mahu berkahwin tidak lama lagi.







“Doa saya telah dikabulkan kerana sekarang ini Adira kini telah berhijab, Alhamdulillah. Hidup ini perlu berpegang kepada agama Islam, kena ada keseimbangan. Bukan saya yang suruh dia berhijab tetapi saya ada memberikannya hint seperti berkata pakai tudung ini cantik”



BACA: Adira AF Kini Bertudung Penuh, Nafi Kerana Mahu Berkahwin



“Jadi sesiapa yang mengatakan bahawa Adira bertudung sebab nak kahwin ini tak boleh, dia buat benda itu sendiri. Allah dah bukakan pintu hatinya dan kita sentiasa mendoakannya yang terbaik itu sahaja,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran kempen Salute Malaysia.







Dia turut menyatakan bahawa semasa bulan Ramadan yang lepas, dia banyak membelikan tudung untuk Adira, dan mengatakan kepada kekasihnya bahawa dia (Adira) cantik apabila mengenakan tudung. Dia sendiri sudah merasakan bahawa akan ada perubahan pada diri Adira kelak.



Adira Jual Baju Lama, Doa Hubungan Sampai Ke Jinjang Pelamin



Tambahnya lagi, Adira juga turut menjual kesemua baju-bajunya yang sebelum ini walaupun dengan harga yang murah, dan hasil daripada pendapatan tersebut telah didermakan kepada rumah anak-anak yatim.



“Dia sudah jual semua baju-baju dia dan hasil daripada jualan tersebut telah didermakan kepada rumah anak-anak yatim. Apa yang saya suka tentang dia adalah sifatnya yang merendah diri, dan saya suka uji dia dan buat tak tahu dan nak tengok dia macam mana.







“Dia seorang yang ‘relax’ dan tak poyo lah. Dia tak suka nak mengheboh-hebohkan apa benda yang dia lakukan walaupun dia tahu bahawa saya mempunyai platform untuk dia melakukan kebajikan tersebut. Hati dia begitu baik, walaupun harga baju-baju dia beribu-ribu, dia jual dengan harga yang murah macam itu sahaja. Dia lakukan seorang diri sahaja”



Untuk ke fasa yang seterusnya, iaitu perkahwinan Shahrul menjelaskan bahawa mereka masih belum memikirkan ke arah itu dan menegaskan bahawa mereka berdua masih muda dan hanya menyerahkan urusan soal jodoh kepada Allah.



“Belum tahu lagi untuk ke arah itu kerana, saya dan dia masih muda lagi, dan saya baru berumur 28 tahun. Kita hanya merancang sahaja,” ujarnya ringkas.



sumber




Doa Makbul, Kekasih Bersyukur Dengan Perubahan Positif Adira AF ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.