BAYI DIBIAR ATAS SILING TANDAS adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya BAYI DIBIAR ATAS SILING TANDAS membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





BAYI DIBIAR ATAS SILING TANDAS







KOTA BHARU - Bunyi tangisan bayi dalam tandas sebuah hospital di sini, terjawab selepas seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di atas siling tandas awam di sini, semalam.



Difahamkan, bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu masih bernyawa dan cukup sifat, ditemui tukang cuci tandas ketika melakukan kerja pembersihan di dalam tandas di hospital terbabit.



Bayi itu kini tempatkan di wad hospital untuk rawatan susulan selepas dipercayai ditinggalkan ibunya di kawasan terbabit.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.



“Bayi tersebut telah ditinggalkan dalam tempoh lama tetapi berada dalam keadaan sihat. Polis telah menahan ibu bayi berkenaan yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan belasan tahun untuk siasatan.



“Wanita terbabit kini menerima rawatan susulan di hospital berikutan keadaannya yang lemah dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. -SinarHarian




BAYI DIBIAR ATAS SILING TANDAS ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.