UPDATE POLITIK SELANGOR: SULTAN SELANGOR ARAH KHALID BERDIAM DIRI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE POLITIK SELANGOR: SULTAN SELANGOR ARAH KHALID BERDIAM DIRI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE POLITIK SELANGOR: SULTAN SELANGOR ARAH KHALID BERDIAM DIRI









Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasannya dan mengarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga 27 Ogos ini.



Khalid berkata, Sultan Selangor berpuas hati beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ketika menghadap baginda pada Isnin lalu.



Katanya, mana-mana pihak yang mendakwa beliau sengaja mengelirukan Sultan Sharafuddin boleh menghadap bagi mendapatkan penjelasan baginda sendiri.



Namun, baginda dilaporkan bercuti ke luar negara dan hanya akan kembali dalam masa dua minggu.



“Tuanku Sultan menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, beliau juga berkomunikasi dengan Sultan berhubung perkembangan terbaru politik di Selangor termasuk sentimen di kalangan Adun.



“Saya menasihatkan kepada pihak berkenaan yang mendakwa saya mengelirukan Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.



Sultan Selangor pada Isnin lalu memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar yang sah selepas yakin dengan penjelasannya walaupun tahu Adun Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada PKR pada Sabtu minggu lalu.



Khalid pada keesokannya memecat lima exco PAS dan DAP selepas mereka membuat pendirian enggan bekerjasama dengannya, malah mahu menghadkan kuasa vetonya dalam mesyuarat exco.



Pemecatan itu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dalam masa dua jam selepas Khalid mengemukakan alasan pendirian mereka melanggar 10 Perkara sumpah taat setia sebagai exco negeri.



Lima exco terbabit adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah daripada DAP dan Elizabeth Wong serta Dr Daroyah Alwi daripada PKR.



Seorang lagi exco PKR Rodziah Ismail yang berada di luar negara kemudiannya meletak jawatan pada Khamis sejurus pulang daripada menghadiri kursus di Thailand, sebagai tanda solidariti terhadap lima bekas rakan exconya.



Kini hanya tinggal empat exco PAS saja yang memerintah Selangor bersama Khalid, mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.



Calon pengganti Khalid, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengemukakan bukti mendapat undi 30 Adun yang berpendirian tidak lagi percaya kepada kepimpinan Khalid.



Beliau turut mendapat sokongan dua Adun PAS, Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mendahului ketetapan PAS Pusat yang akan diputuskan pada 17 Ogos ini.



Khalid dalam kenyataan balas berkata, Dr Wan Azizah perlu membuktikan dakwaannya melalui proses undi tidak percaya dalam DUN selain perlu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.



Namun, Teng yang juga bekas Speaker DUN Selangor mendakwa kenyataan Khalid itu berniat jahat seolah-olah cuba melengahkan sidang DUN sehingga November.



Beliau mendakwa exco PAS turut bersekongkol dengan Khalid bagi membolehkannya terus mentadbir negeri sehingga hujung tahun, namun ia dinafikan Halimah dan Sallehen, lapor TMI.




UPDATE POLITIK SELANGOR: SULTAN SELANGOR ARAH KHALID BERDIAM DIRI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.