UPDATE POLITIK SELANGOR: ISU MEMPERMAINKAN ADUN PAS, KHALID ELAK JAWAB adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE POLITIK SELANGOR: ISU MEMPERMAINKAN ADUN PAS, KHALID ELAK JAWAB membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE POLITIK SELANGOR: ISU MEMPERMAINKAN ADUN PAS, KHALID ELAK JAWAB







Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang mengatakan beliau menggunakan 4 Exco PAS bagi meneruskan kelangsungannya untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata segala dakwaan yang dilemparkan Husam tidak perlu dijawabnya dan persoalan berkenaan perlu dipulangkan semula kepada kepimpinan tertinggi PAS.



“Saya tidak perlu jawab kerana beliau boleh bertanya kepada jawatankuasa kepimpinan PAS.



“Bukan saya yang perlu jawab,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui di Masjid Negeri, Shah Alam sempena ulang tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) malam tadi.



Husam semalam mendakwa Khalid melibatkan PAS dalam kelangsungannya untuk kekal sebagai menteri besar Selangor dan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan PAS.



Katanya, Khalid juga perlu berundur selepas 2 Adun PAS menyatakan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



“Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu. Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini.



“Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.



“Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Bukan kerajaan Khalid. Bagaimana seorang Adun Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?” katanya.



Tidak lantik Adun Umno



Sementara itu, Khalid turut menolak dakwaan sebuah portal yang memetik sumber mendakwa Adun Umno akan dilantik sebagai Exco Selangor untuk membentuk kerajaan minoriti jika Exco PAS meletakkan jawatan mereka.



Katanya, perkara itu tidak pernah dibincangkan bersama Sultan Selangor dan idea tersebut belum berada di fikirannya.



“Kita tidak pernah bincang perkara ini dan tiada lagi dalam pemikiran kami,” katanya kepada The Malaysian Insider.



Sebuah portal semalam memetik sumber PR mendakwa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya 4 Exco PAS itu meletak jawatan.



“Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.



Dalam pertemuan itu, Khalid juga memaklumkan portfolio 4 Exco sedia ada dari PAS akan ditambah memandangkan 5 Exco dari PKR dan DAP sudah dipecat.



Katanya, penambahan portfolio itu bagi membolehkan kerja pentadbiran negeri Selangor dijalankan dengan berkesan dan atas semangat kerjasama.



“Ya. Mereka perlu (tambah portfolio) tetapi kita akan cari jalan supaya semua dapat bekerja dalam satu pasukan supaya dapat mengurangkan beban satu sama lain.



“Ia akan dibuat minggu depan supaya kita dapat berjumpa dengan pegawai kerajaan yang menjadi sekretariat setiap stanco tersebut,” katanya.



Khalid pada Selasa memecat 5 Exco dari PKR dan DAP selepas mereka membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan kecekapan kerja.



Bagaimanapun, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dari PKR berada di luar negara pada ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatannya sebaik sahaja tiba di Malaysia.



The Malaysian Insider difahamkan, pemecatan itu dibuat ekoran Exco yang terlibat mengeluarkan kenyataan yang melanggar etika selepas mengangkat sumpah mentaati dan menjaga kerahsiaan negeri.



Khalid yang mengetahui pendirian Exco berkenaan kemudiannya merujuk kepada istana dan menulis draf arahan pemecatan.



Surat pemecatan itu kemudiannya dibawa ke istana dan dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk ditandatangani.‎



Selepas berjaya mendapat tandatangan Sultan, Pejabat Menteri Besar Selangor kemudian menyerahkan surat kepada mereka yang terlibat.



Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Negeri juga memberi kuasa kepada menteri besar menasihati Exco supaya meletakkan jawatan sebelum mengemukakan cadangan kepada Sultan.



Enam Exco DAP dan PKR dalam kenyataan bersama sebelum ini membuat pendirian mahu menghadkan kuasa Khalid daripada membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat Exco.



Mereka berkata keputusan sebaliknya perlu dibuat melalui proses undian selepas menganggap kedudukan dan fungsi Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar baru daripada PR.



“Kami tidak akan berjumpa dengan Khalid (kecuali di mesyuarat mingguan Exco) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing,” kata exco tersebut, lapor TMI.




UPDATE POLITIK SELANGOR: ISU MEMPERMAINKAN ADUN PAS, KHALID ELAK JAWAB ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.