"PEMUDA UMNO PUCHONG KER, PEMUDA OBAMA KER, BUKAN MEREKA BAGI SAYA MAKAN" - AZWAN ALI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya "PEMUDA UMNO PUCHONG KER, PEMUDA OBAMA KER, BUKAN MEREKA BAGI SAYA MAKAN" - AZWAN ALI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





"PEMUDA UMNO PUCHONG KER, PEMUDA OBAMA KER, BUKAN MEREKA BAGI SAYA MAKAN" - AZWAN ALI








Pengacara dan selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali menyelar tindakan cawangan Pemuda Umno Puchong yang menyebarkan khabar beliau kononnya mengamuk kerana abangnya iaitu YB Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor.



Menurut personaliti yang cukup terkenal dengan tagline “Amboi… Amboi… Amboi!” ini, beliau tidak terkesan langsung dengan khabar tersebut sebaliknya menyifatkan ia sebagai fitnah.



“Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker…, Pemuda Obama ker… bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik!



“Kepada pemuda Umno Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah! (mengada-adakan sesuatu yang tak ada).



“Buktikan kalau betul saya ada tweet tentang hal itu. Saya harap pihak tersebut bermuasabah. Inilah masalah UMNO… rosak kerana fitnah!”, kata ‘Raja Kontroversi’ ini ketika dihubungi Malaysian Digest.com sebentar tadi.



Azwan, 47, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tweet di laman sosial Twitter @PemudaUmnoPuchong hari ini yang menulis “Azwan Ali mengamuk, abg dia tak terpilih ole PR sbg MB Selangor…”.







Bagaimanapun pelakon filem ‘Aku No.1′ ini mengakui yang baru-baru ini beliau memang ada mengemaskini twitternya dengan ayat berbaur politik tetapi tiada kaitan dengan ketidakpuas-hatiannya kerana abangnya tidak terpilih.



Sebaliknya Tweet beliau ialah itu ialah luahan pendapatnya mengenai kepimpinan pemerintah di Selangor sekarang.



“Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Pada tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar lah diri. Orang dah kalau tak suka, tolong lah letak jawatan. Tetapi kalau tentang tak puas hati Azmin tak jadi menteri besar, memang saya tak ada tweet”,katanya.



Selain sinonim dikaitkan dengan isu panas dalam dunia hiburan, Azwan atau juga dikenali sebagai ‘Diva AA’ ini sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi menerusi tweet-tweetnya tentang dunia politik.



Sekitar tahun 2012, beliau juga pernah menggemparkan negara ekoran kenyataan ugutan bunuh terhadap kakaknya, Ummie Hafilda. Namun isu itu telah selesai selepas kedua beradik itu kembali berdamai dan saling memohon maaf.



Baru-baru ini, sewaktu muncul dalam sebuah program hiburan Azwan Ali ada membuat satu kenyataan yang beliau sudah serik dan tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang perbalahan seperti isu-isu sebelum ini, lapor Malaysian Digest.




"PEMUDA UMNO PUCHONG KER, PEMUDA OBAMA KER, BUKAN MEREKA BAGI SAYA MAKAN" - AZWAN ALI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.