UMAT ISLAM DIGESA BEKUKAN AKAUN DENGAN HSBC ! adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UMAT ISLAM DIGESA BEKUKAN AKAUN DENGAN HSBC ! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
KUALA LUMPUR - Kerajaan dan umat Islam digesa membekukan akaun dagangan mereka dengan HSBC sebagai isyarat memprotes tindakan HSBC cawangan London yang terburu-buru membekukan beberapa akaun milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana dengan alasan yang amat dangkal.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya percaya tindakan HSBC itu merupakan tindak balas bagi melumpuhkan usaha NGO Islam di Eropah yang aktif mengutip dana untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.
Menurut beliau, pihaknya kesal kerana ketika NGO Islam memerah keringat berjihad atas nama agama dan kemanusiaan, pengurusan HSBC di sana bertindak menutup akaun bagi menyekat usaha itu.
“Kebanyakan daripada mereka hanya memiliki akaun tunggal di Bank HSBC, maka penutupan akaun itu hanya menyebabkan aktiviti sumbangan dan penyaluran dana kepada umat Islam Palestin terjejas.
“Kita percaya ini adalah usaha terancang yang cuba menggugat usaha umat Islam seluruh dunia yang bersatu mengutuk kekejaman Zionis kerana sumber kewangan daripada umat Islam kini sudah mencecah berbilion ringgit dan tentulah sangat menggusarkan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan HSBC dalam notis pemberitahuan pada 22 Julai lalu memaklumkan menutup beberapa akaun yang dikatakan berisiko berkuat kuasa 22 September ini.
Antara akaun yang ditutup adalah milik Masjid Finsbury Park, Yayasan Kebajikan Ummah Bolton dan Yayasan Cordoba.
Khairul Anwar yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor meminta pengurusan Bank HSBC di Malaysia menyampaikan pendirian rakyat Malaysia yang menyokong usaha kemanusiaan membantu umat Islam di Palestin.
Katanya, pihaknya yakin ibu pejabat Bank HSBC menyedari potensi besar pasaran umat Islam negara ini sehingga mereka mengaplikasikan perbankan syariah dan menjenamakannya sebagai HSBC Amanah.
“Buktinya, penggunaan nama HSBC Amanah bagi operasi di Malaysia adalah bagi tujuan menambah keyakinan dan menarik minat umat Islam negara ini berurusan dengan mereka.
“Bagaimanapun, jenama HSBC Amanah kini sudah tidak lagi bererti lagi kerana ‘amanah’ untuk memelihara keamanan sejagat sudah tidak lagi dipedulikan oleh ibu pejabat induk Bank HSBC,” katanya, lapor Utusan.
UMAT ISLAM DIGESA BEKUKAN AKAUN DENGAN HSBC !

UMAT ISLAM DIGESA BEKUKAN AKAUN DENGAN HSBC ! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment