KADAR TOL TERKINI DI TAMBAK JOHOR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya KADAR TOL TERKINI DI TAMBAK JOHOR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





KADAR TOL TERKINI DI TAMBAK JOHOR







JOHOR BARU - Pengguna kenderaan yang ingin memasuki Singapura melalui Tambak Johor kini harus membayar RM16.50 untuk bayaran tol keluar masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.



Seorang jurucakap di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) berkata, kadar tol baharu itu berkuatkuasa pada pukul 12.01 pagi Jumaat.



Kadar tersebut dilaksanakan secara elektronik di kedua-dua arah menggunakan kad Touch ‘n’ Go, dengan tiada lagi kaunter bayaran tunai disediakan.



“Kami akan memberi kira-kira 1,000 kad Touch ‘n’ Go dengan nilai tambah sebanyak RM10 kepada pengguna kenderaan yang melalui tol tersebut.



“Kami menganggarkan untuk memberi kira-kira 200 keping kad setiap hari terutamanya pada waktu puncak dalam tempoh lima hari akan datang,” katanya kepada The Star ketika dihubungi.



Kadar tol arah masuk Malaysia kini adalah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4,80 dan RM7.80 masing-masing untuk kenderaan kelas 1 hingga kelas 5.



Kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50 bermula Jumaat.



Setiap motosikal dikecualikan daripada membayar tol.



EDL adalah lebuh raya yang dibina untuk membantu menyuraikan lalu lintas menuju ke bandar raya Johor Baru.



Kenderaan yang menggunakan EDL tidak perlu membayar tol bagi jarak perjalanan sepanjang lapan kilometer di dalam kawasan Johor Bahru, Johor.



Malah kenderaan yang tidak melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru boleh terus menggunakan lebuh raya itu secara percuma.



Kadar tol baharu itu diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada minggu lalu, lapor mStar.




KADAR TOL TERKINI DI TAMBAK JOHOR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.