SADIS, PASANGAN SUAMI ISTERI MENGAKU DAPAT JUAL RM8 SEKILO DAGING KANAK-KANAK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya SADIS, PASANGAN SUAMI ISTERI MENGAKU DAPAT JUAL RM8 SEKILO DAGING KANAK-KANAK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





SADIS, PASANGAN SUAMI ISTERI MENGAKU DAPAT JUAL RM8 SEKILO DAGING KANAK-KANAK







Pekanbaru: Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila seks baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan.



Menurut suspek terbabit, daging manusia itu tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal.



Ketua Komosi Nasional Perlindungan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, selepas daging itu dilapah daripada tulang ia dimasukkan ke karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak.



Suspek mengaku sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8).



Namun pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa,katanya.



Minggu lalu media melaporkan polis Riau menangkap sepasang suami isteri dan dua kenalan mereka yang menculik sebelum membunuh sehingga tujuh kanak-kanak.



Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabuI atau meIiwat mangsa sebelum dibunuh.



Pasangan itu kemudian berasmara sejurus selepas membunuh mangsa.



Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan. Suspek tutut mengakui aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu.



Jika pemilik warung bertanya mengapa mereka menjual daging rusa itu, suspek berdalih kononnya untuk wang membaik pulih motosikal,katanya. - Agensi




SADIS, PASANGAN SUAMI ISTERI MENGAKU DAPAT JUAL RM8 SEKILO DAGING KANAK-KANAK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.