POLIS MALAYSIA BERJAYA GAGALKAN CUBAAN PENGEBOMAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya POLIS MALAYSIA BERJAYA GAGALKAN CUBAAN PENGEBOMAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





POLIS MALAYSIA BERJAYA GAGALKAN CUBAAN PENGEBOMAN









KUALA LUMPUR - Polis Malaysia dilaporkan telah berjaya menggagalkan satu cubaan pengeboman yang didakwa dirancang oleh pihak militan Islam radikal yang dipengaruhi oleh kumpulan pelampau jihad di utara Iraq, kata pihak polis.



Timbalan Ketua Bahagian Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin berkata kepada AFP, 19 suspek militan terbabit telah ditangkap dari bulan April hingga Jun yang dipercayai sedang merancang untuk mengebom pub, disko dan kilang membuat bir Carlsberg di Malaysia.



Ayob Khan berkata, kesemua anggota kumpulan tersebut adalah warganegara Malaysia yang bercita-cita mahu menubuhkan sebuah kawasan pentadbiran Islam serantau yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Singapura serta merancang untuk ke Syria bagi mempelajari selok belok pergerakan Negara-Negara Islam dan Levant (ISIL). Kumpulan terbabit turut dikatakan membabitkan golongan profesional dan dua surirumah.



Jelas Ayob lagi, mereka masih dalam peringkat awal perbincangan mengenai rancangan itu dan tidak memiliki apa-apa senjata berat atau sebarang pengetahuan untuk membuat bom.



Tujuh daripada yang ditahan telah didakwa di mahkamah di bawah tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.



“Mereka merancang keganasan dan perjuangan bersenjata serta mahu mati syahid,” maklum Ayob Khan lagi.



Pihak polis juga percaya masih ada anggota lain kumpulan itu yang masih bebas di Malaysia.



Sesetengah dari mereka ditahan di lapangan terbang dalam perjalanan untuk ke Turki dan Syria bagi menjalani latihan dan mendapatkan sokongan dari ISIL.



Mereka yang ditahan adalah berumur di antara 20 dan 50 tahun. Sesetengah mereka yang ditahan telah pun diumumkan oleh pihak polis sebelum ini namun maklumat mengenai perancangan dan ideologi mereka masih belum didedahkan.



Ayob Khan berkata suspek juga berharap untuk mewujudkan rangkaian dengan sel ISIL global dan serantau.Katanya, polis percaya sehingga 40 rakyat Malaysia telah ke Syria bagi menyertai perang saudara di sana, lapor Astro Awani.




POLIS MALAYSIA BERJAYA GAGALKAN CUBAAN PENGEBOMAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.