Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014
Saingan kempen Piala AFF Suzuki 2014 akan bermula 22 hingga 29 November ini (peringkat kumpulan) sebelum aksi timbal balik separuh akhir pada 6 hingga 11 Disember dan kemuncak pada 17 dan 20 Disember.
Ketika majlis undian di Hotel Sheraton, Hanoi, Vietnam yang berlangsung pada Selasa 5 Ogos 2014, Skuad Harimau Malaya yang kini dibimbing Dollah Salleh telah diundi bersama pasukan Thailand dan Singapura dalam Kumpulan B.
Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014
Berdasarkan analisis terhadap undian kumpulan, Malaysia dilihat meniti laluan penuh berliku apabila diundi berada dalam ‘kumpulan maut’ pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini.
Selain Singapura dan Thailand, Malaysia juga perlu berwaspada dengan ancaman satu lagi pasukan dari pusingan kelayakan yang dijangka diisi Myanmar bagi melengkapkan persaingan empat penjuru dalam Kumpulan B.
Bagaimanapun menurut penganalisis bola sepak negara, bagi mereka Kekuatan kesemua pasukan di rantau Asia Tenggara dilihat seimbang dan hampir sama, jadi tidak timbul istilah “kumpulan maut”.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment