Gali kubur Tanam SAKA adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Gali kubur Tanam SAKA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Gali kubur Tanam SAKA









Ipoh: Penduduk Kampung Manjoi, di sini, gempar susulan penemuan kain kafan berwarna putih menyerupai bentuk ‘pocong’ serta beberapa kelengkapan mayat di dalam lubang mirip kubur sedalam dua meter di belakang sebuah rumah di Jalan Raja, di sini, pagi semalam.

Pemilik rumah, Noriasha Ahmad, 56, berkata, kain kafan serta kelengkapan itu ditemui di belakang rumahnya kira-kira jam 8 pagi, selepas dia melakukan pemeriksaan di sekitar rumah.


Menurutnya, dia meninjau kawasan sekitar rumah itu selepas suami Ahmad Tohar Kulup, 56, bertanya sama ada ada menanam apa-apa tanaman di belakang rumah sehari sebelum ‘kubur’ itu dijumpai.



“Saya yang tidak sedap hati terus meninjau kawasan sekitar dan terkejut selepas mendapati ia kubur. Malah, sebungkus plastik hitam berisi kapas dan kapur barus juga ditemui bersebelahan kubur itu,” katanya.



Menurut Noriasha, dia segera menghubungi polis selepas meragui isi di dalam kubur berkenaan yang berkemungkinan ada mayat manusia.




“Saya terus membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan tidak ada mayat di dalam kubur itu,” katanya.



“Memang kawasan sekitar rumah saya ini agak sunyi, namun kejadian penemuan kubur ini amat memeranjatkan saya. Saya juga bimbang jika perbuatan terkutuk seperti amalan ‘menurun’ atau ilmu hitam dilakukan di kawasan ini,” katanya.





Pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika dihubungi berkata, penemuan kubur bersama kelengkapan mayat itu berkemungkinan antara kaedah untuk membuang saka dan juga amalan ilmu hitam.



Menurut beliau, lazimnya perkara khurafat itu dilakukan waris terdekat pemilik saka terbabit untuk membuang saka supaya tidak diganggu kemudian hari.



“Bagaimanapun, dalam kes seperti ini jika baju yang ditemui bukan milik tuan rumah itu, dia tidak seharusnya berasa bimbang kerana ia tidak dituju kepadanya. Namun tuan rumah boleh mengamalkan ayat al-Quran seperti surah Al-Baqarah untuk mengelak gangguan,” katanya.



Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan jam 9.15 pagi semalam dan hanya menemui kelengkapan pengebumian dan tiada mayat dijumpai.



“Barangan dijumpai termasuk beberapa kapas dan kapur barus serta sehelai kemeja yang belum dikenal pasti miliknya,” katanya.








Gali kubur Tanam SAKA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.