Sikap David Luiz Pujuk James Rodriguez Dipuji adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Sikap David Luiz Pujuk James Rodriguez Dipuji membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Sikap David Luiz Pujuk James Rodriguez Dipuji






Agak tersentuh melihat gambar David Luiz memeluk bintang muda Colombia, James Rodriguez ketika menenangkan pemain itu selepas Brazil menewaskan Colombia 2-1 di peringkat suku akhir.

Biarpun sedang meraikan kejayaan Brazil mara ke separuh akhir, sikap yang ditunjukkan Luiz itu telah menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia, malah ramai pihak memberi pujian kepada Luiz dan menganggap dia tidak mengabaikan perasaan pihak lawan.


Sejurus selepas tamat perlawanan awal pagi kelmarin, Rodriguez dilihat tidak dapat menahan perasaan sedih apabila skuadnya tewas biarpun telah memberikan segala-galanya.


Dan tidak lama kemudian, Luiz, penjaring gol kemenangan Brazil pada perlawanan itu, tampil bersama Dani Alves memeluk Rodriguez bagi menenangkannya.


Rodriguez berkata kepada pemberita: “Dia (Luiz) memberitahu, saya adalah pemain hebat. Ramai pemain bintang memeluk saya dan ia membuatkan saya gembira.


“Kami perlu mara ke depan dan terima kasih kepada Colombia kerana sokongan. Kami sedih kerana kami tidak dapat mara dan mencatat rekod baharu. Kami telah melakukan segala-galanya untuk mara ke separuh akhir, tetapi kami mesti bangga kerana pasukan kami bermain dengan baik,” tambahnya.


Colombia tewas 2-1 kepada Brazil di peringkat suku akhir, sekaligus menamatkan kempen Piala Dunia Colombia.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Sikap David Luiz Pujuk James Rodriguez Dipuji ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.