Piala Dunia: Tandukan Hummels Bawa Jerman Ke Separuh Akhir adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Piala Dunia: Tandukan Hummels Bawa Jerman Ke Separuh Akhir membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Piala Dunia: Tandukan Hummels Bawa Jerman Ke Separuh Akhir






Tandukan Mats Hummels pada minit ke-12 sudah cukup untuk membawa Jerman ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014 buat kali keempat berturut-turut selepas mengalahkan Perancis 1-0 di Estadio do Maracana.

Jerman yang pernah mara ke final sebanyak tujuh kali, sekali lagi mempamerkan kemampuan mereka untuk meraih keputusan penting dalam kejohanan besar.


Penampilan Hummels dan Manuel Neuer berjaya mengemudi di bahagian pertahanan dengan cemerlang untuk menafikan peluang-peluang menarik Perancis.


Jerman memulakan perlawanan dengan lebih baik, namun Les Bleus lebih awal melancarkan serangan berbahaya menerusi Karim Benzema pada minit ke-7.


Hummels kemudian menghukum kegagalan Perancis mengambil kesempatan terhidang itu apabila pemain pertahanan Borussia Dortmund itu melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hasil sepakan percuma Toni Kroos.


Dua kali jeritan pemain Jerman bagi menuntut sepakan penalti tidak diendahkan pengadil, Nestor Pitana mengarahkan permainan diteruskan.


Menuju ke masa rehat, Neuer merebahkan badan untuk menepiskan rembatan Mathieu Valbuena. Karim Benzema terus memberi ancaman buat Jerman namun dua percubaan berbahayanya digagalkan Hummels dan Neuer.


Pemain gantian, Andre Schurrle yang masuk menggantikan Miroslav Klose, turut memperolehi peluang untuk menggandakan kedudukan Jerman. Bagaimanapun dia gagal untuk mengatasi ketangkasan Hugo Lloris.


Pada masa kecederaan, Benzema nyaris mengikat kedudukan tetapi sekali lagi Neuer sudah bersedia menepis tendangan kencangannya.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Piala Dunia: Tandukan Hummels Bawa Jerman Ke Separuh Akhir ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.