Piala Dunia: Brazil Sah Tiket Separuh Akhir Kecewakan Colombia adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Piala Dunia: Brazil Sah Tiket Separuh Akhir Kecewakan Colombia membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Piala Dunia: Brazil Sah Tiket Separuh Akhir Kecewakan Colombia






Satu rembatan padu hasil sepakan percuma daripada David Luiz membantu Brazil membenamkan Colombia 2-1, awal pagi tadi dan sekali gus menempah tiket ke separuh akhir bertemu Jerman buat menggapai cita-cita besar memburu gelaran Piala Dunia keenam.

Kapten pasukan, Tiago Silva menolak masuk gol pertama hasil sepakan percuma yang diambil oleh Neymar untuk meletakkan tuan rumah mendahului pada minit ketujuh dalam perlawanan suku akhir di Stadium Casteloa, di sini sebelum rembatan dari jarak 30 meter pada babak kedua mengukuhkan cengkaman anak didik Luiz Felipe Scolari.


Colombia yang tidak banyak menyengat pada babak pertama berjaya merapatkan jurang pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti yang juga gol keenam baginya dalam kejohanan selaku penjaring terbanyak setakat ini.


Namun, penyokong Brazil harus gelisah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar selepas dikasari lawan pada lewat babak permainan tapi taun rumah berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat.


Brazil akan berentap Jerman yang menewaskan Perancis 1-0 dalam satu lagi perlawanan peringkat sama di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Piala Dunia: Brazil Sah Tiket Separuh Akhir Kecewakan Colombia ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.