Piala Dunia: Gol Awal Higuain Singkir Belgium
Argentina menyingkirkan Belgium untuk melangkah ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1990 dengan kemenangan tipis 1-0.
Gonzalo Higuain menjaringkan gol pertamanya dalam kempen Piala Dunia 2014 pada minit ke-8 untuk membuktikan Argentina tidak bergantung sepenuhnya kepada Lionel Messi semata-mata.
Cubaan penyerang Napoli itu turut dinafikan palang gol pada separuh masa kedua.
Josa Basanta disenaraikan bagi mengisi kekosongan pertahanan Argentina yang ditinggalkan Marcos Rojo yang menjalani pergantungan perlawanan.
Jurulatih Belgium, Marc Wilmots memberi Kevin Mirallas peluang utama di bahagian sayap berbanding Dries Mertens.
Selepas mendahului, Argentina cuba mengukuhkan kedudukan namun Vincent Kompany menyelamatkan pintu gol Belgium apabila menyekat larian Angel di Maria.
Bagaimanapun sumbangan itu menjadi yang terakhir buat di Maria dalam perlawanan akibat kecederaan sebelum ditukarkan dengan Enzo Perez.
Gawang Argentina terdedah namun bernasib baik tandukan padu Mirallas tidak mengenai sasaran hasil daripada Jan Vertonghen.
Belgium sekali lagi gagal memanfaatkan peluang antaran lintang berharga Vertonghen yang menyaksikan tandukan Marouane Fellaini melepasi palang gol.
Dalam masa kecederaan, Messi hampir mencetak namanya selaku penjaring tetapi berjaya dibaca Thibaut Courtois. Peluang terakhir Belgium menyaksikan Romelu Lukaku hampir menyamakan kedudukan tetapi Argentina bertahan untuk mara.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment