Piala Dunia: Belanda Layak Separuh Akhir Menang Penentuan Penalti adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Piala Dunia: Belanda Layak Separuh Akhir Menang Penentuan Penalti membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Piala Dunia: Belanda Layak Separuh Akhir Menang Penentuan Penalti






Keputusan bijak jurulatih Belanda, Louis van Gaal untuk memasukkan penjaga gol gantian, Tim Krul ketika perlawanan hampir tamat bagi mengharungi penentuan sepakan jelas membutirkan hasil selepas anak didiknya melakar kemenangan 4-3 ke atas Costa Rica dalam saingan suku akhir, sebentar tadi.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas tiada gol berjaya dijaringkan kedua-dua pasukan berakhir 90 minit perlawanan malah situasi sama berulang ketika perlawanan dilanjutkan 30 minit dalam masa tambahan.


Ketika masa tambahan perlawanan hanya berbaki beberapa saat, Krul dimasukkan bagi menggantikan Jasper Cillessen dan penjaga gol Newcastle itu yang hadir segar berjaya menyelamatkan dua sepakan, iaitu pertama oleh kapten Costa Rica, Bryan Ruiz sebelum sekali lagi menyelamatkan penalti Michael Umana.


Sepakan penalti Belanda disempurnakan kapten, Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Dirk Kuyt untuk bergaya mara ke separuh akhir bertemu Argentina.


Hadir selaku pasukan pilihan, Belanda jelas lebih banyak menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan boleh dianggap ‘sepatutnya’ gol namun berjaya diselamatkan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas yang beraksi cemerlang.


Peluang terbaik Belanda hadir di kedua-dua babak perlawanan menerusi gerakan menarik Robben, Sneijder namun semuanya gagal disudahkan van Persie selain turut dihalang palang, tiang gol dan Navas.


Tiada cubaan benar-benar berbahaya dilakukan Costa Rica sepanjang babak pertama sekalipun berjaya mempamer persembahan terpuji dan lebih mengancam di babak kedua dan masa tambahan.


Incoming search terms:





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Piala Dunia: Belanda Layak Separuh Akhir Menang Penentuan Penalti ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.