Bapa Pukul Anak Sampai Mati Direman Seminggu
Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini daripada Mahkamah Majistret terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya dengan sebatang kayu, semalam.
Suspek berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang kira-kira pukul 2.30 pagi ini.
Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan.
Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu kerana bertanyakan mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.
Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa Muhamad Hafiz Abdul Ghani, 17, menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebaliknya remaja itu maut dipukul bertubi-tubi oleh bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini.
Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam hingga 4 pagi semalam akibat dipukul dengan objek keras.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment