Arwah Memen Mahu Jadi Tahfiz Al-Quran – Diana Rafar adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Arwah Memen Mahu Jadi Tahfiz Al-Quran – Diana Rafar membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Arwah Memen Mahu Jadi Tahfiz Al-Quran – Diana Rafar





Umum mengetahui tentang pemergian anak bekas penyanyi Elite, Linda Rafar yang meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut pada petang Sabtu lalu.

Rezaimen Keiflin, 12, telah dimasukkan ke wad pada 30 Jun lepas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia pada 5 Julai sekitar jam 5.30 petang.


Menurut adik kepada Linda, Diana Rafar penyakit Rezaimen atau lebih mesra dipanggil Memen dikesan sejak Mac tahun ini, tetapi mula mendapatkan rawatan di hospital bermula selepas mengadu sakit perut.


“Ketumbuhan dalam perut Memen dikesan lima bulan lalu selepas dia kerap mengadu sakit perut. Selepas beberapa minggu ditahan dihospital dan pemeriksaan dilakukan rupanya Memen ada kanser dan sudah berada di tahap empat.


“Tetapi Memen seorang anak yang kuat. Dia tidak pernah menjadikan penyakit itu sebagai alasan malah bergurau senda dan mampu bermain seperti kanak-kanak lain.


“Bahkan sepanjang terlantar di hospital Memen selalu beritahu tentang perkembangan kesihatannya. Mungkin arwah nak beritahu kami dia OK,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Ahad.


Kata Diana lagi, selepas penyakit Memen dikesan pelbagai ikhtiar dilakukan Linda termasuklah kaedah moden dan tradisional, malah puluhan ribu ringgit dihabiskan demi untuk melihat anaknya itu kembali sihat.


Sebelum menghembuskan nafas terakhir Diana memberitahu, anak saudaranya itu ada mengalami kesakitan dan keadaannya semakin kritikal pada Sabtu lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


“Allah lebih sayangkan Memen, selepas satu jam mendapat bantuan alat pernafasan dia pergi buat selamanya…Dan sudah tentu sebagai ibu dan yang paling dekat dengan arwah, Linda cukup bersedih dengan pemergian Memen.


“Dan sudah tentu kami juga (ahli keluarga) akan terus merindui arwah Memen, dia anak yang baik, peramah dan periang…Pemergiannya di usia muda sangat mengejutkan kami.


“Memen ada menyimpan hasrat untuk menjadi seorang tahfiz Al-Quran kerana dia mahu bawa anggota keluarganya masuk syurga..Semoga arwah ditempatkan di syurga…Insya-Allah,” katanya dalam nada pilu.


Allahyarham Rezaimen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada pagi Ahad.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Arwah Memen Mahu Jadi Tahfiz Al-Quran – Diana Rafar ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.