Ani Sayang Umi? Umi Pun Sayang Ani – Ibu Sharifah Ani adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ani Sayang Umi? Umi Pun Sayang Ani – Ibu Sharifah Ani membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Ani Sayang Umi? Umi Pun Sayang Ani – Ibu Sharifah Ani





“Ani sayang umi? Dia angguk. Umi pun sayang Ani,” tanya ibu Sharifah Aini kepada anaknya pada perbualan terakhir mereka malam tadi.

Sharifah Noor Syed Ahmad Al- Attas, 80, berkata, anggukan itu cukup bermakna kerana Sharifah Aini memberi tindak balas sebagai tanda menyayanginya.


Ini kerana sejak dia datang melawat pada petang Selasa lalu, anaknya itu berada di dalam koma.


Jelasnya, pertama kali melihat anaknya di hospital, hatinya diruntun pilu dan sedih dengan keadaan Sharifah Ani.


“Saya reda dengan pemergian Sharifah Aini. Tapi sayang dia masih muda.


“Patutnya saya yang berumur 80 tahun ini yang pergi dulu. Namun Allah SWT lebih menyayangi dan menjemput arwah dahulu,” katanya yang datang dari Singapura bersama suami, Musa Baba, 78.


Sharifah Noor berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya dua bulan lalu namun kerap berhubung apabila Sharifah Aini berkunjung ke negara jiran itu.


“Bila ada persembahan di Singapura, dia akan telefon suruh datang tengok. Tiket pun dah siap belikan,” katanya penuh tenang.



Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas rebah selepas menyiram air mawar di atas kubur anaknya, Allahyarham Sharifah Aini di tanah perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.



Sementara itu, bekas suami allahyarham, Ali Bakar yang ditemui berkata, selepas berpisah dengan Sharifah Aini, mereka hanya berhubung menerusi anak tunggal, Alif Omar.


Namun dia menyifatkan bekas isterinya sebagai seorang yang sangat pemurah kerana banyak membuat kerja kebajikan.


Dia juga bersyukur apabila Alif yang baru pulang dari Madinah sebulan lalu dapat menjaga ibunya ketika sakit.


Awal pagi tadi, industri kehilangan sebutir bintang apabila Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara.


Allahyarham yang menyambut ulan tahun ke-61 pada Rabu lalu menghembuskan nafas terakhirnya pukul 1.26 pagi akibat jangkitan fibrosis pada paru-paru.


Jenazah dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pukul 9 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.


Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar hasil perkahwinan dengan Ali Bakar pada 1981.


Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa pagi akibat kesukaran bernafas .


Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Ani Sayang Umi? Umi Pun Sayang Ani – Ibu Sharifah Ani ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.