7 Gambar Nabila Huda Sertai Misi Kemanusiaan Di Kemboja
Pelakon Nabila Huda kini berada di Kemboja untuk Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Al-I’tisam Relief Program (ARP). Walaupun sering dilanda kontroversi, ia tidak menghalang Nabila Huda untuk turut menyumbangkan tenaga menyertai misi kemanusiaan itu.
Difahamkan misi kemanusiaan ini dijalankan selama lima hari empat malam, dengan melibatkan aktiviti berkunjung ke beberapa buah kampung di Kemboja antaranya Kampung Ambel dan Phom Soi.
Peserta program tersebut menyampaikan sumbangan waqaf Al-Quran dan kelengkapan solat untuk diberikan kepada penduduk di Kampung Phom Soi.
Semoga dengan menyertai program kemanusiaan seperti ini akan dapat memberikan lebih ketenangan buat Nabila dan diharapkan agar hubungannya dengan Amy Search akan kembali baik seperti biasa selepas ini.
Lagi gambar Nabila Huda di Kemboja di bawah.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment