Piala Dunia: Super Eagles Hantar Bosnia Pulang
Nigeria menghantar Bosnia-Herzegovina pulang lebih awal apabila mengatasi lawan Kumpulan G mereka itu dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Peter Odemwingie.
Bagaimanapun nasib Bosnia mungkin berbeza jika bukan kerana kelemahan pengadil yang tidak membenarkan gol Edin Dzeko pada minit ke-21 kerana didakwa ofsaid.
Namun Bosnia yang pertama kali layak ke pusingan akhir tidak mahu terlalu memikirkan soal itu dan terus melakukan asakan.
Dzeko terus menjadi watak paling bahaya buat Super Eagles sehingga memaksa vincent Enyeama bekerja keras.
Sebaliknya Nigeria yang berjaya menggegar gawang menerusi kelincahan Emmanuel Emenike sebelum dia melakukan hantaran tepat kepada Odemwingie untuk disudahkan.
Pertahanan Bosnia yang pada mulanya gugup di bahagian pertahanan, mula menguasai bahagian tengah untuk meningkatkan usaha mereka bangkit.
Separuh masa kedua Nigeria lebih banyak berkampung di kawasan sendiri, tetapi para pemain Bosnia bagaikan belum panas dan gerakan lebih perlahan.
Secara tidak langsung memudahkan lawan mereka untuk mempertahankan kelebihan. Hanyalah pada penghujung perlawanan, Bosnia seperti baru tersedar bahawa mereka memerlukan gol untuk menghidupkan peluang mereka.
Kesempatan terdekat mereka terhasil menerusi cubaan Dzeko yang terkena tiang gol.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment