Piala Dunia: Costa Bengang Dengan Alonso
Penyerang Diego Costa mendedahkan dia kurang gembira dengan komen-komen Xabi Alonso berikutan penyingkiran Sepanyol dalam saingan Piala Dunia 2014.
Juara bertahan tersebut sah tidak dapat mara ke peringkat seterusnya selepas dikalahkan oleh Chile 2-0 di stadium Maracana.
Selepas persembahan memalukan itu, Alonso bertindak menyoal cita-cita dan determinasi skuad Sepanyol.
Dan Costa, pemain kelahiran Brazil yang membuat keputusan untuk mewakili Sepanyol, kelihatan langsung tidak bersetuju dengan komen-komen pemain veteran tersebut.
“Saya tidak bersetuju dengan komen-komen Xabi,” kata Costa kepada MARCA.com.
“Semua pemain di sini amat fokus untuk meraih kemenangan.
“Saya di sini kerana saya ingin meraih kejayaan, saya bercita-bercita untuk mara ke peringkat final dan beraksi secara baik, tetapi ia tidak menjadi.
“Ia amat jelas yang kami kekurangan sesuatu, tetapi kami jauh lebih bagus daripada banyak pasukan lain dari segi kualiti.”
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment