Walaupun Berumur 15 Tahun, Budak OKU Malang Hanya Tahu Tiga Perkataan
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15 tahun.
Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya.
“Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.
Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
“Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain,” katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment