Piala Dunia: Brazil Atasi Cameroon, Jumpa Chile Di Pusingan Kedua
Penyerang sensasi, Neymar tampil garang membantu Brazil layak ke pusingan kedua Piala Dunia untuk bertemu Chile apabila dia meledakkan dua gol ketika tuan rumah menangkis ancaman awal Cameroon sebelum menang 4-1 dalam aksi Kumpulan A di Estadio Nacional sebentar tadi.
Bintang Barcelona itu yang kini mendahului senarai penjaring meledakkan gol pertama pada minit ke-17 hasil hantaran daripada Luiz Gustavo yang juga jaringan ke-100 dalam kejohanan dan kebetulan kemunculan ke-100 Brazil dalam Piala Dunia.
Namun, penyokong tuan rumah gelisah selepas Joel Matip hadir menyamakan kedudukan pada minit ke-26.
Apa pun, Neymar kembali menceriakan pasukan dengan gol kedua dan yang keempat pada edisi kali ini pada minit ke-35 apabila merembat masuk sebelum Brazil terus mendahului selesa hasil jaringan Fred empat minit selepas babak kedua bermula dan pemain gantian, Fernandinho enam minit sebelum tamat perlawanan.
Tuan rumah kini menyudahkan cabaran berbekal tujuh mata dan akan berdepan naib juara Kumpulan B, Chile yang menewaskan Croatia 3-1. Mexico akan menentang juara Kumpulan B, Belanda.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment