Piala Dunia: Belanda Tewaskan Chile Untuk Muncul Juara Kumpulan B
Pemain gantian Leroy Fer dan Memphis Depay memastikan Belanda memenangi Kumpulan B dengan mengalahkan Chile 2-0.
Dua pemain itu menjaringkan gol dalam tempoh 15 minit terakhir di Sao Paolo bagi memastikan pasukan Louis van Gaal itu dalam usaha mengelak tuan rumah, Brazil di peringkat 16.
Pertembungan antara kedua pasukan itu antara hangat yang diperkatakan peminat, namun seperti gagal untuk menepati status sebagai perlawanan penting sebelum gol lewat Fer dan Depay.
Belanda yang turun tanpa penyerang sensasi, Robin van Persie hanya memerlukan seri menerapkan permainan berhati-hati dengan kedua pasukan yang gemar menyerang ini sering mematahkan serangan masing-masing.
Namun pasukan bimbingan Van Gaal meraih kemenangan dengan kemenangan ketiga mereka hadir menerusi pemain yang kurang ternama.
Kedua pasukan tidak begitu agresif, permainan tidak begitu mendebarkan di permulaan permainan.
Chile melancarkan serangan awal dengan tandukan Eduardo Vargas menanduk melepasi gawang dan mencipta beberapa peluang selepas itu.
Oranje bertindak balas dengan permainan lebih tersusun menjelang tamat babak pertama.
Kehangatan permainan semakin dirasai apabila Robben yang membawa bola dari kawasan sendiri sebelum memperdayakan dua pemain lawan dan melepaskan rembatan liar.
Selepas itu Gutierrez melepaskan peluang untuk Chile menerusi sepakan percuma Marcelo Diaz.
Penjaga gol Claudio Bravo yang sebelum ini berjaya menidakkan usaha Belanda, kemudian tertewas apabila Fer menanduk kencang sepakan penjuru Daryl Janmaat.
Chile cuba bangkit tetapi Robben sekali lagi menggunakan kepantasannya untuk mencipta peluang gol kepada Depay dalam masa kecederaan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment