Muhyiddin Yassin Nafi Khabar Angin Letak Jawatan Sebagai TPM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan bagi menumpukan perhatian kepada UMNO.
“Saya masih di sini, selagi saya masih dalam Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau akan berbincang dengan saya.
“Namun hingga sekarang tiada sebarang kenyataan daripada beliau berhubung jawatan saya,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau juga akan terus setia berkhidmat di bawah kepimpinan Najib selagi diberi kepercayaan.
Spekulasi berkenaan perletakan jawatan Muhyiddin tersebar di media sosial di mana ia sekaligus memberi laluan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Najib untuk memegang jawatan nombor dua itu.
Desas-desus berhubung perletakan jawatan Muhyiddin, yang dikatakan akan berkuatkuasa esok timbul setelah terdapat laporan mengenai jangkaan rombakan kabinet.
Malah ada yang mengatakan bahawa perubahan itu akan membabit tiga Naib Presiden UMNO, Hishammuddin, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment