LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG 'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG 'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG 'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK







Kerjaya sebagai seorang guru semakin mendapat minat dari orang-orang muda termasuklah penulis. Iyalah, minat berhadapan dengan ragam pelajar sekolah, minat mengajar, minat bersoaljawab, minat menyumbang ilmu dan bermacam-macam lagi jawapan yang diberikan jika ditanya kenapa minat nak jadi cikgu.



Namun, selalunya cita-cita menjadi guru itu terbantut bilamana penempatan seseorang guru baru itu ditempatkan di kawasan pendalaman Sarawak. Ini realiti, tolong jangan melenting dulu. Baca dan fahami sedalam-dalamnya.



Apa sebenarnya yang berada di pemikiran anda bila mendengar 'pendalaman Sarawak'? Daif? Bahasa kaum yang pelbagai menyukarkan pemahaman mengajar? atau lain-lain?



Ikuti luahan seorang guru yang berasal dari negeri Perak bertugas di Sarawak di bawah:



Saya bukan orang Sarawak. Asal dari Perak tapi sudah bermastautin di Sarawak lebih 20 tahun.



Saya melihat Sarawak'lah yang paling mengamalkan toleransi kaum.



Semasa saya bersekolah di Perak, bila makan, orang melayu duduk dengan orang melayu, cina duduk dengan cina, india duduk dengan india. Kalau ada budak melayu duduk dengan cina dan india, esoknya kena kutuk.



Dalam kelas pun begitu, melayu sebaris, cina sebaris, india sebaris.



Bila saya bertugas sebagai guru di Sarawak, saya tak nampak perbezaan kaum.



Kalau di dewan makan, Azmi boleh pinjamkan cawan pada Dunggat. Khairul duduk sebelah Bong Guan. Di asrama, katil Alex Kloni di atas. katil Ahmad Jerawi di bawah.



Kalau Micheal kena tumbuk, Kiprawi akan pertahankan Micheal. Bila bulan puasa, yang melayu bangun sahur, kawan yang iban ikut sekali. Kalau berbuka, yang melayu berbuka yang iban pun berbuka sama.



Balik kampung cuti sekolah (ini benar-benar berlaku dan membuat saya insaf sangat) kawan iban tolong kawan melayu jinjit tilam dan tunggu bas sama-sama. Kongsi baju sama-sama.



Saya belajar erti hidup toleransi hanya di Sarawak. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk saya.



Sampai bila saya balik Perak, saya jadi benci bila dengar kawan melayu kutuk bangsa lain. Apatah lagi mengutuk Sarawak sebagai negeri miskin. Memang rasa nak pelempang je.



Kesimpulannya Sarawak dan Sabah adalah model terbaik. Orang semenanjung, bukalah mata.



Akhir-akhir ini NGO memainkan sentimen perkauman hanya untuk memecahkan perpaduan kaum di Sarawak. Ingat, pelihara perpaduan kita semua.



Kamek orang Perak tapi kamek jiwa Sarawak. Hidup mati di Bumi Kenyalang bertuah ini. Hoo Haaaa. - Emmet Fayzal



Semoga kisah Cikgu Emmet ini dapat membuka mata anda semua. + Rata-rata orang semenanjung yang menetap di Sarawak, enggan kembali ke semenanjung. - My Media Hub








LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG 'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.