Esther Yeam Nafi Kutuk Bau Mulut Orang Berpuasa Di Facebook
Kebelakangan ini semakin banyak kes penghinaan terhadap agama Islam direkodkan.
Terbaru, status Facebook seorang ‘amoi’ yang dikatakan menghina ibadah puasa hangat dikongsi di laman sosial.
Apabila perkara ini tersebar maka ia menyebabkan kemarahan masyarakat Islam hingga sebilangannya bertindak menjejak amoi ini bagi memberikan sepatah dua ‘kata-kata nasihat’.
Bagaimanapun, Islam sebenarnya mengajar umat agar bersabar dan tidak mudah mengikut nafsu amarah.
Sepatutnya siasat dahulu setiap berita yang diterima sebelum bertindak mengikut perasaan termasuk memaki hamun manusia lain.
Dalam kes ini misalnya, amoi yang dikaitkan dengan status ini iaitu Esther Yeam telah membuat laporan kepada polis dan SKMM menyatakan dia tidak ada kena mengena dan tidak pernah memuat naik status tersebut.
Sebaliknya dia percaya gambar dan profil Facebook palsu berupa dirinya telah digunakan individu tertentu untuk melakukan perbuatan ini.
Justeru, Esther meminta agar dirinya dan keluarga tidak lagi diganggu.
Komen kawan-kawan Esther di laman Facebooknya juga membayangkan mereka tidak percaya dia melakukannya.
Apa pun, laporan telah dibuat maka kita tunggu sajalah keputusannya. Sekiranya benar ada individu lain yang terlibat maka orang itu adalah sejahat-jahat manusia kerana sudahlah menghina Islam, dianiaya pula orang lain untuk memikul akibat perbuatannya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment