‘Imashima Lola’ – Inikah Akaun Facebook Ibu Remaja OKU Terabai?
Gambar ibu kepada anak OKU berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam satu operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai kini mula tersebar.
Wanita itu yang menggunakan nama Imashima Lola di Facebook juga turut meletakkan dua gambar lama anak OKU itu, Mohd Firdaus Abdullah di akaun Facebook miliknya.
Sementara itu menurut laporan Harian Metro, ibu yang kini seorang isteri kedua itu mendakwa hidup susah dan tidak mampu menjaga anaknya.
Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang.
Malah Lola, 40, kini mahu menyerahkan anaknya kepada JKM untuk dijaga.
Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,
Penemuan itu mengejutkan ramai pihak yang menganggap Lola seorang yang zalim dan mereka turut menyeru agar Lola dikenakan tindakan.
Penemuan itu juga turut mendapat perhatian portal berita antarabangsa.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
alasan yang diberikan saya dapat gambarkan sebagai kata-kata yg menutup pekung diri sendiri, alasan 1 yg dikemukakan ialah kehidupan yg susah : org lain pon hidup susah berusaha untuk kehidupan,
ReplyDeletealasan ke2 ialah x tahu nk daftar ke pusat kebajikan : ni lagi lah alasan yg bodoh,nak menunjukkan ketidakpandaian nak menipu,,,
ulasan saya,semoga kita mengambil ikhtibar daripada kes ini dan semoga Masyarakat islam dilindungi,amin
nonsense punya excuse:alasan 1,hidup susah,alasan 2xtahu nk register pusat kebajikan,alasan3 helah nk cover kesilapan diri,, ni solution dari saya :
ReplyDelete1.Orang lain pon hidup susah dan berusaha untuk mencari rezeki,tp bukan smpai kurung anak ditempat kotor dan biarkan anak kurus kering.jawapan saya die tipu#
2.xtahu nk daftar!!berusaha lah cari jalan & tanyakan bukan hanya beri alasan :jawapan sy penipu
3.lol xde org yg xnk cover if buat salah,,,