Gempar! Berita Kes Culik Kanak-Kanak Guna Van Putih Kembali Hangat
Menerusi laman sosial, isu van putih sering dikaitkan dengan kes penculikan kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ. Hal ini telah mencetuskan rasa panik orang ramai dan menggangap semua van putih adalah penculik.
Semuanya berpunca akibat dari penyebaran satu gambar van putih dengan mayat seorang mayat kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan mengerikan.
Hasil siasatan mendapati kanak-kanak terbabit bukan dari Malaysia tapi mayat mangsa pengeboman di Syria. Pada masa yang sama, PDRM turut menafikan dakwaan tersebut berhubung kes penculikan kanak-kanak guna van putih.
Apapun, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memantau anak mereka dari insiden yang tidak diingini.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment