• Pejabat Bank Dunia di KL

  • Ahmad Husni (dua, kanan), van Trotsenburg (dua, kiri) dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semasa majlis menandatangani memorandum itu di Washington D.C.


1 / 1


KUMPULAN Bank Dunia menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Malaysia dalam usaha membuka pejabat institusi kewangan antarabangsa itu di Kuala Lumpur.



Matlamat jangka panjang penubuhan pejabat itu adalah untuk membantu perkongsian pengalaman Malaysia yang berjaya dalam bidang seperti pembasmian kemiskinan dan pembangunan sektor kewangan yang baik dengan negara membangun lain di seluruh dunia.



Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam berkata, sebagai negara yang telah mengambil langkah besar untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan penduduk miskin, Malaysia berada pada kedudukan sesuai untuk bekerjasama dengan Bank Dunia bagi mencapai matlamat bank itu membasmi kemiskinan tegar dan menggalakkan perkongsian kemakmuran di seluruh dunia.



Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur Axel van Trotsenburg berkata, penubuhan pejabat itu mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan peranannya sebagai pelanggan serta rakan kongsi dalam memajukan pembangunan global.



sumber