MENCATAT keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, anak pelakon cantik, Rozita Che Wan, sememangnya memberi kebanggaan buat pengacara Primadona ini.
Mana tidaknya, keputusan 8A yang diperoleh itu berjaya membuka mata orang ramai mengenai cara didikan selebriti, walaupun berdepan dengan kekangan masa.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, di atas kejayaan itu, anaknya, Ammar Effendy, berpeluang menyambung pengajian di luar negara.
"Dia (Ammar) memang teringin untuk belajar di luar negara dan keputusan yang diterima melayakkan dia untuk ke sana.
"Pada Mei depan, dia akan memulakan pengajian di Universiti of Nottingham di cawangan Semenyih dalam bidang pengurusan perniagaan.
"Kalau ada rezeki, dia akan berangkat ke United Kingdom (UK), untuk menyambung pelajaran lagi kerana dia bercita-cita untuk jadi pegawai bank pelaburan," katanya lagi.
Tambah Che Ta, dia sendiri pasti akan merindui anak sulungnya itu apabila berangkat ke UK nanti.
"Sebenarnya, abang ni dia manja sikit berbanding adik. Kalau makan nasi pun, nak bersuap.
"Kalau saya tengah suapkan Zain, dia pun turut menumpang sama. Lepas ni, macam mana lah dia nak uruskan sendiri makan pakai," luah pelakon Kiah Pekasam ini.
sumber
Entri: Che Ta manjakan anak dan suami Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/04/che-ta-manjakan-anak-dan-suami.html
Post a Comment