Oleh Amir Abd Hamid, Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: “Saya bukan saja dianggap sesat malah halal untuk dibunuh,” begitu luahan hati seorang ibu sebaik menyedari tiga anak lelakinya menjadi terlalu taksub selepas terpengaruh dengan satu ajaran sesat sejak beberapa bulan lalu.

Ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Hajar, 40, itu mendakwa ajaran sesat disertai anaknya itu dikenali sebagai Milah Abraham yang diasaskan di negara jiran.






Beliau berkata, hatinya kini meruntun apabila anak yang dididik dengan penuh kasih sayang dan diberi pendidikan agama sehingga berjaya menghafaz al-Quran, kini mampu merekrut orang ramai untuk menganuti ajaran ‘Nabi Baru’ itu.



“Hancur luluh hati saya apabila salah seorang anak saya kini menjadi tenaga pengajar dan sudah merekrut lebih 300 orang untuk mengikut fahaman mereka yang percaya kepada seorang nabi baru yang datang dari nusantara.

FotoHAJAR sedih dengan nasib anaknya yang terpedaya ajaran sesat.



“Malah, anak saya mendakwa sekiranya tiba hari kebangkitan Nabi baru itu, darah saya dan umat Islam lain halal untuk dibunuh kerana dianggap kafir,” katanya kepada Harian Metro, di sini.



sumber





Entri: Nyawa mak halal dibunuh? Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/04/nyawa-mak-halal-dibunuh.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.