Sungai Petani: Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya tersangkut di palang besi bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pekan Lama, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika mangsa dikenali sebagai Ahmad Fadzli Husni Abd Rahim, 37, menunggang motosikal Yamaha 125Z seorang diri dari arah Bandar Sungai Petani menuju ke arah Jalan Kuala Ketil, di sini.






Difahamkan, mangsa dipercayai gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton itu yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.



Akibat itu, motosikal mangsa merempuh bahagian pintu pemandu menyebabkan tubuhnya melambung dan kepalanya tersangkut di besi belakang.

FotoANGGOTA polis dan paramedik menurunkan jenazah Ahmad Fadzli yang tersangkut di belakang kenderaan pacuan empat roda.



Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda yang keluar dari persimpangan secara tiba-tiba.



“Badannya dikatakan turut berpusing dan jatuh di tempat letak barang di belakang kenderaan itu. Mangsa yang parah mati di tempat kejadian.



sumber





Entri: Kemalangan Kepala tersangkut palang Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/04/kemalangan-kepala-tersangkut-palang.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.